Tuesday, March 8, 2011

usaha+tawakal=kejayaan@kegagalan

assalamualaikum...
berbicara soal usaha. hari ni terbukti dpn mata kita bahawa kita telah berusaha. namun, apa yg terjadi hari esok kita x akan tahu dan x akan dapat menjangkakannya. apa yang penting berusaha. usaha datang dari dalam diri sendiri. jida kita tiada dorongan yg kuat utk berusaha maka tidak akan datanglah semangat untuk kita berusaha. tapi jangan kita sangkakan bahawa segala usaha yang kita lakukan adalah sesuatu yang sudah boleh menghasilkan kejayaan. 


bila berbicara mengenai usaha pastinya disusuli dgn tawakal. pastinya tidalah tawakal jika tiada usaha. manakan wujud tawakal jika tiada usaha dilakukan. apabila tiada usaha dan hilangnya tawakal maka musnahlah harapan jika tiada sumber untuk meniru diperolehi. di sini ingin saya ingatkan bahawa, berusahalah demi kebaikan diri di dunia mahupun di akhirat kelak. 


setelah bercantumnya usaha dan tawakal maka terhasillah kejayaan. namun, tidak semestinya jika usaha dan tawakal itu bersatu kita pasti akan berjaya. kita juga berkemungkinan akan gagal. akan tetapi, apabila kita gagal perlulah diingatkan bahawa sebanyak mana usaha yg kita lakukan sebanyak itulah yg kita akan perolehi. ALLAH maha berkuasa..sebanyak mana yang kita lakukan, sebanyak itulah ganjaran yang akan kita perolehi.


semua yang berlaku didalam dunia ini akan ada ganjaran dan pengajaran dari ALLAH s.w.t. kita sebagai umatnya, mestilah tunduk dan akur dengan segala perintah dan suruhannya.


TINGKATKAN USAHA...ingatlah pada ibu bapa anda yang bersusah payah menghantar anda belajar sehingga berjaya di menara gading. BERDIRILAH DGN KAKI SENDIRI SELAGI ALLAH TIDAK MENARIKNYA.

No comments:

Post a Comment